G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Tuesday, December 27, 2011

Awak Suka Saya Tak?

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat bloggers..

Dah dinner ke belum?..Mylady belum lagi..hari ni lunch agak lewat...Pukul 5pm...so still kenyang lagi...ye lah..mana taknya..pagi2 dah gi ke KPJ for check up..Sampai agak lewat hari ni..around 9.30am...then, at 9:35am, my gynaecologist Dr Ramesh P.Mala Perumal arrived. Yes..Dr Ramesh is a nice doctor. Soft spoken, gentle..and a kind person too. Tunggu jap, at around 9:50am jumpa doktor..Doktor buka balutan untuk jahitan di pusat..so, takyah balut dah, still continue on antibiotic and doktor bagi ubat sapu...next appointment is this Saturday.

Lepas tu, dear hubby ajak bekpes...first mylady ingat nak bekpes kat KPJ cafe jek..tapi dear hubby ajak gi Jusco...tahu tak dia ajak bekpes apa?..Nasi Bukhari..hahahaha...jangan memain ek...heavy bekpes...dear hubby letak ayam masak merah + rendang daging lagik...fuh..kenyang giler!!

Then, ingatkan nak balik terus..tapi, teringat nak singgah bookstore jap..ye lah..boring2 dok rumah leh gak baca novel kan?..lagipun mylady go through Che Mat Gebu posting about Melur Jelita new novel "Awak Suka Saya Tak?"..Dari segi recommendation by CMG, mylady pun rasa tertarik gak...from other bloggers feedback, seems like it's hard to get this novel...cam goreng pisang panas...siap ada stock yang baru sampai pun dah sold out..hehehe..

So, mylady just try my luck...pusing2 dalam popular tu, memang takdak...letih gak mencari...then mylady teringat nak tengok dekat display rack for the new arrival novel...tengok2, eh2...ada la...amik jek buku tu, belakang rak tu tulis "Temporary out of stock"...hahahaha,...lucky me!!!!...Rasa seronok giler...terus wat posting nih..sampaikan dear hubby kata "aikk..baca belum..tapi dah buat posting"..hehehe...tapi, from petikan2 dari buku ni yang di sharekan oleh rakan2 bloggers lain, memang mylady rasa buku ni memang menarik...i'll definitely start reading it asap!!..Bak kata CMG, tenteramkan fikiran, cari sudut yang selesa, baru mulakan membaca..then only you can feel it...

So, pada rakan2 bloggers lain, leh la support rakan blogger kita si Melur Jelita ni ek...harga novel ni is RM35.. tapi mylady beli at RM28...yes..20% off for Popular member. So, tunggu apa lagi.dapatkan di pasaran sementara stok masih ada..*ceh..wat promosi nampak...heehehe*...AWAK SUKA SAYA TAK??


Monday, December 26, 2011

Berpantang...

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Ermm...mylady ni dapat MC sebulan starting daripada hari mylady jalani laporoscopy. MC sebulan memang lama kan?...tapi, bukannya MC biasa yang kita leh kuor jalan2 if badan rasa dah agak sihat...MC sebulan ni, mylady kena berpantang...yes..my mom and MIL cakap eventhough bukan bersalin, mylady still kena berpantang..huhuhuhu...dan orang tua2 ni, memang strict dalam berpantang...jangan banyak duduk...kena baring..jangan banyak jalan...mandi/lap badan on time..tambah2 bab makan minum ni...memang le strict betul..tapi, mylady tahu, tu semua untuk kebaikan...so, ikut jek la...lagipun sebulan jek (jekkk???..seminggu pun dah rasa lama gila nih..hehehe)

So, selama sebulan ni, rasanya mylady tak dapat la nak berkongsi resepi masakan ye..hati ni teruja giler tengok resepi2 baru yang dikongsi oleh sahabat bloggers...rasa cam nak try jek..ye lah..bosan dok rumah kan..tapi, my mom memang tak bagi buat apa pun..lagipun, kang dah try resepi baru yang sedap..ishh..kan tak leh tahan godaan plak kan?..so, mylady terpaksa la gantung kuali semua tu dulu eh..

Citer pasal berpantang ni, masa hari mylady kuor hospital tu, dear hubby terus call bagitau my mom and MIL...tak berapa lama lepas tu, terus FIL called dear hubby...dia tanya whether nak tak kalau dia belikan ikan haruan...haruann???..errkk...memang mylady tau khasiat ikan haruan ni, tapi masih terbayang2 masa kecik2 dulu ikut mak mylady gi market, tengok camner orang siang ikan haruan tu, even dah kena potong still hidup..erkkk...memang mylady tak makan lerr...mak mylady pun sama..pernah dia masakkan sup ikan haruan untuk orang dalam pantang, dan kesudahannya, seminggu my mom tak makan nasi sebab terbayang2 kepala ikan haruan tu..hehehehe..cian mak...so, mylady kata kat dear hubby, takyah ler..tekak mylady takleh nak terima ikan haruan ni..

gambar ihsan Mr Google..
ye...mylady sama la ngan mak mylady,,takleh tengok kepala ikan haruan..hehehe..

Sampai2 jek rumah, mylady dihujani dengan panggilan telefon..then, one of my auntie call..mylady citer le mylady tak nak makan haruan...my auntie nasihatkan suruh makan..kalau tak lalu masak sup, wat goreng garing, makan ngan nasi panas2...my auntie cakap memang elok makan haruan untuk orang yang kena operate..and my dear hubby plak, masa kat hospital, bawak 5 botol air gamat untuk mylady minum..huhuhhuu..terkejut mylady tengok..patutnya sekali minum 1 sudu besar...dear hubby cakap, banyak air gamat kat rumah..minum jek 1 botol sehari...uwaaaa...i tak rela youuu...So, akhirnya mylady pun suruh dear hubby called FIL..setuju nak makan ikan haruan..and minta FIL tolong siangkan...buang kepala, buang ekor and kerat badan ikan tu kecik2..hehehehe...MIL plak bagitau my mom, suruh perap ikan haruan tu dengan bawang putih + halia tumbuk, then garing...ermmm..memang sedap betul!!!...isi ikan haruan tu manis..digoreng garing plak tu...fuhhh..since then, tiap2 hari le mylady makan 2 ketul ikan haruan with 1 sudu besar air gamat - 2 kali sehari..hopefully cepat la recover sebab last Saturday visit to KPJ, tebukan kiri dan kanan dah ok...cuma tengah jek ada infection sket..ye lah..masa tu kat spital..tinggal plak ngan dear hubby..belasah jek makan suka2 hati..dah balik rumah baru tau macam2 benda yang gatal tak leh makan sebenarnya..hopefully esok jumpa doktor, the wound get better la kan...ni dah seminggu tak mandi ni...dear hubby asyik kena tolong lapkan badan..sib baik dear hubby amik cuti the whole week this week..daripada tak pandai syampu rambut cam kat saloon, rasa2nya sekarang ni dear hubby dah boleh buka saloon..hehehe..

So far, menu mylady dalam pantang ni, ayam masak halia, ikan masak asam, ikan haruan goreng, kari ikan, nasi remuni dengan sambal tumis ikan...sayur memang takleh makan langsung except for sawi..and buah plak, only oranges sebab ramai kata it's good to heal the wound..apa lagi menu dalam pantang yang kita leh makan ek?..another 3 weeks to go...huhuhu...kalau ulang menu yang sama for 1 month..rasanya lepas pantang ni, tak pandang dah masakan kat atas nih..hehehehe..

Sunday, December 25, 2011

My 7 Wonderful Years.....

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers...

First of all, mylady menyusun 10 jari memohon maaf sebab lama tak update blog ni. Well..macam2 benda yang jadi yang kadang kala membuatkan mylady hampir mengucapkan selamat tinggal pada blog ni...tapi, mylady sayangkan blog ni sebab di sinilah mylady boleh berkongsi resepi dengan rakan2...berkongsi suka dan duka dan segala2nya disini...

Haaa...hari ni genap 7 tahun mylady melayari bahtera perkahwinan...penuh dengan suka dan duka..tapi mylady tak pernah menyesal kerana suka dan duka inilah yang menjadi memori manis dalam ingatan mylady dan juga yang mengubah mylady and dear hubby menjadi manusia yang lebih baik daripada hari sebelumnya...Alhamdulillah dan syukur kerana Allah telah menemukan mylady dengan insan yang menjadi teman suka duka, ketawa menangis, susah senang bersama...

Selama 7 tahun ini juga mylady menanti dan berdoa dengan penuh harapan...agar mylady dan dear hubby dikurniakan zuriat untuk menambahkan seri rumahtangga kami...walaupun kami telah berbincang dari hati ke hati yang segalanya diserahkan kepada Allah S.W.T...jikalau ada rezeki, kami bersyukur, jikalau ditakdirkan kami hanya berdua sehingga ke akhir usia, kami redha...kerana yang pasti kami tidak boleh hidup tanpa satu sama lain...dan inilah yang terjadi pada tanggal 6 December 2011...

Segalanya bermula apabila mylady mula terasa perubahan pada diri mylady bermula dari 3 December 2011...tapi mylady tolak jauh2 harapan mylady sebab period mylady baru habis pada tanggal 26 November 2011...kemudian, pada tanggal 6 December, mylady bleeding sikit..so, mylady ambil half day sebab mylady dah rasa tak sedap hati...dear hubby tak tahu lagi pasal ni..tapi dia pun amik half day sebab mylady cakap mylady tak sihat...balik je, mylady suruh dear hubby singgah Watson..dengan alasan pencuci muka mylady dah habis...so, mylady beli 2 pregnancy test kit..just to be prepare la...balik rumah, mylady terus test tanpa sebarang harapan...tapi, tangan mylady menggigil bila tengok cepat jek line ke 2 tu muncul...cepat2 mylady masuk bilik dan ambil 1 lagi pregnancy test kit..dan sekali lagi result yang sama..air mata mylady menitis...tak dapat digambarkan betapa bersyukurnya mylady dengan rahmat dariNya...dear hubby cepat2 ke bilik air bila dia realize mylady tergesa2 keluar masuk bilik air...dia tak faham bila mylady tunjukkan result dengan 2 line tu..bila mylady bagitau yang 2 line tu menunjukkan positive pregnant, dear hubby terus ajak ke klinik berdekatan...

Sampai jek klinik, doktor buat urine test, positive pregnant..but bila ultrasound, tak nampak apa...bila mylady cerita yang mylady bleeding and my last period was just a few days ago, doktor kata, maybe ini threaten miscarriage and mylady dijangkakan dah mengandung 6 minggu..Ya Allah...mylady dah sedih sangat...ye lah..4 hari sebelum tu mylady gi kenduri, mylady makan kerabu timun nenas..doktor bagi ubat kuatkan rahim (duphaston) dan folic acid...doktor suruh banyakkan rehat dan jumpa dia semula after 2 weeks..bila bagitau jek dear hubby, dia happy sesangat...mylady dilarang memasak..and hanya dibenarkan minum air mineral jek...and he keep saying.."abang akan jaga ayang ngan baby kita baik2.."...ishhh...sedih gila mylady rasa...tapi rasa i'm the most happy and lucky woman on earth!! So we just bagitau the good news to both parents in law and my mom...both side happy giler...everyday, either my mom or my MIL will call us after works..suruh gi makan kat rumah..takyah masak...hehehe...

Lepas2 makan ubat, on that day, bleeding dah takde...syukur Alhamdulillah...so, mylady gi keje macam biasa..but on the 8th ada issue in production floor..naik turun tangga and so on...sampai jek cube, gi toilet...ada bleeding lagi...mylady rasa sedih balik...bagitau dear hubby and dear hubby cepat2 call kawan dia yang wife dia pernah miscarriage..kawan dia cakap, kena betul2 jaga...even naik turun tangga pun tak boleh...and the next day pulak, mylady ada company dinner for my 10 years services..lepas discuss ngan dear hubby, mylady ambil keputusan tak pergi dinner tu..sebab mylady tak sanggup ambil risiko if apa2 terjadi pada kandungan mylady...so, i told my colleague..dia terkejut..why suddenly i changed my mind...mylady buka je mulut nak bercerita, terus mylady nangis..and she's so understanding...she comfort me and suruh mylady cepat2 jumpa gynae untuk make sure everything is fine..starting from that day mylady dah tak naik turun tangga..semuanya pakai lif jek...dear hubby pun hantar sampai depan pintu..takyah jalan jauh2 all the way from parking lot...since then the bleeding stop..tapi malam2 mylady tak lena tido..bila terjaga malam mylady lakukan solat hajat dan sujud syukur dan berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan mylady dan suami dikurniakan zuriat yang soleh/solehah...mylady juga mula surf on pregnancy info...mylady mula risau sebab at least by 6 weeks pregnancy, sepatutnya dah nampak sac dalam rahim...dear hubby banyak comfort mylady..dia cakap..takpe..nanti kita jumpa gynae...even if it's something wrong, it's okay..we can always keep trying...mylady ni memang tak kisah bab2 trying ni...tapi, since it's hard for me to get pregnant, i really hope this one menjadi..

On the 13th December, kami ke KPJ jumpa gynae...bila bagitau gynae, dia ultrasound, and memang tak nampak apa...gynae said, mungkin false pregnancy...sebab dia kata urine test memang ada kebarangkalian bagi false result...arghhh..hampanya mylady rasa...so, doktor suruh amik blood untuk check my hcg level and esoknya suruh mylady call him...esoknya mylady call the doctor, and the doctor said, blood test result shows that my hcg level is >10000 which is about 5-6 weeks pregnant..so, mylady tanya doktor..but why we cannot see anything from the ultrasound..the doctor said..."i'm afraid it's ectopic pregnancy"..Ya Allah..luruh jantung mylady...doktor suruh gi jumpa dia on the 16th....so, mylady and dear hubby amik cuti on the 16th and pergi jumpa doktor...again the doctor buat ultrasound...still nothing...then the doctor perform transvaginal ultrasound. Doctor see something...and it's in my fallopian tube...confirm ectopic pregnancy...sedihnya mylady rasa bila dengar berita yang paling mylady tak nak dengar nih..dear hubby tanya doktor..if kena operate, bila nak operate...doktor kata by today..then dear hubby tanya...takleh ke ubah so that the kandungan be in the right place?...ye..mylady tahu, dear hubby pun mengharap..doktor senyum and explain that it cannot be done...mylady minta tangguh to next Monday sebab on the same day, my biras kena c-section..so for sure my in laws letih ke hulu ke hilir. sebenarnya .mylady berharap ngat by postpone the operation, the kandungan will move to the right place..huhuhu....doktor kata, as a profesional, dia akan buat hari ni..sebab ectopic pregnancy ni bukan jek bahaya pada kandungan..tapi, kalau pecah  boleh membawa maut kepada ibu..so, dear hubby setuju for the doctor to proceed with the operation..doctor pun explain the procedure which is called laparoscopy..3 tebukan kecil di kiri, kanan dan tepi pusat...tebukan di pusat untuk dimasukkan camera...so mylady cakap kat doktor "u will make sure it's ectopic and then only u'll proceed to remove it right doctor?"..doctor cakap "yes"..then the doctor explain lagi...if kandungan tu kecil lagi, fallopian tube tu masih boleh diselamatkan...tapi, banyak kes yang bila mengandung, jadi lagi kandungan luar rahim sebab dia akan terlekat di bekas yang dipotong dulu...so mylady and dear hubby serahkan segalanya to the doctor expertise...mylady terus kena admit...telefon mak...mylady nangis..then my sister, my aunty semua call..semua give me support...tapi mylady still sedih...tapi mylady harus redha...mungkin ini ujian Allah pada mylady so that mylady akan lebih dekat padaNya..dan mungkin ada hikmah disebaliknya...

Masuk2 je wad, mylady dah kena tagged..huhuhu..takleh nak lari dah...operation dijangkakan start at 3pm...dear hubby dok buat lawak la..since dia tahu mylady sedih and sedikit kecut...at 2pm, mak & makngah mylady sampai...at almost 3pm, mak & bapa mertua with kakak ipar sampai..elok2 diaorang sampai, nurse pun sampai la nak amik mylady bawak ke Operation Theatre..mak mylady terus nangis..mylady yang tengah tahan sedih pun apa lagi..terus nangis la..mylady cakap "mak jangan la nangis...nanti mylady *bukan nama sebenar* lagi sedih..mak, makngah and dear hubby iring mylady sampai ke OT..dear hubby plak tak abis2 amik gambar and video recording mylady sampai masuk ke OT.(only after the operation baru dear hubby bagitau..he keep snapping picture of me and video recording just to hide his sadness..so that mylady tak sedih..huhuhuhu)..mylady ni berdebar toksah cakap la..sedih lagi...at almost 4pm, doktor bius masuk..suruh mylady sedut oksigen dalam2,,and then...mylady terus tak sedar...tup2 jek dengan doktor bius punya suara "puan..bangun puan...semua dah selesai".....then bila mylady dah stabil, nurse bagitau doktor terpaksa buang tiub fallopian kanan mylady sebab the kandungan actually dah besar..about 8 weeks dan dah start to bleed..mylady sedih..tapi luckily my dear hubby sentiasa ada untuk mententeramkan mylady...so, selama 3 hari dear hubby berkampung di KPJ temankan mylady..jaga mylady..lapkan badan mylady dan bantu mylady...
 cian my dear hubby kesejukan dan terpaksa berkampung selama 3 hari dengan mylady..thanks a lot my dear..you really gave me strength to go through all this..

sakitnya tangan gebu mylady dicucuk2...after operation, masuk drip 4 botol...huhuhu..berpuasa starting from 10am on the 16th till 1pm on the 17th...

Mylady tahu, ramai yang cakap tak suka morning sickness bila mengandung..tapi bagi mylady yang susah nak dapat pengalaman macam ni, that's the most wonderful experience...tapi mylady hanya rasa loya for several days and only start muntah a day before the procedure...tapi, Alhamdulillah..Allah gave me a chance to feel it...and enjoy it...and i love it..and i pray that Allah will give me another chance...

To my dear hubby...
Selamat Ulang Tahun ke 7 abang...thanks for always be by my side...for loving me and for caring me...i really hope i can give you the best gift ever for our anniversary..which is our baby..but i never thought it'll be like this..i'm sorry my dear...but Alhamdulillah..segalanya yang terjadi pasti ada hikmahnya...Allah telah menguatkan lagi rasa kasih sayang antara kita...all this while I keep saying that I'll take care of you if you get sick..tapi abang pulak yang kena jaga ayang..and you have prove that you are the best!!.

On our anniversary, I want you to know that you are still the ONE who is everything I could ever hope for -the ONE i love with all my heart and soul...and thanks for comforting me and give me support..and i'll only love you for the rest of my life my dear....always...and i'll always be..muuaahhssssssssss!!!!

p/s : to my dear blogger friends...i know that this miracle happen due to all your doa's too..i really thank you for your kind thoughts...and please keep on praying for mylady and dear hubby to be blessed with anak-anak yang soleh/solehah...Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi