Panas betul cuaca hari ni..panas + kenyang, so mata agak kuyu la kan..meh sini..mylady nak resepi yang amat simple...mak mylady selalu masak parpu telur ni..nak buat dia, memang la teramat mudah..pejam mata pun siap...hehehe..parpu telur ni, kalau makan dengan sambal belacan & ikan goreng..fuhhhhh..memang sodappppp!!!...selalunya kalau mylady masak, memang mylady buat parpu telur ni lebih..sebab apa?..esoknya, panaskan parpu telur, leh dibuat cicah untuk dimakan dengan roti canai segera...memang marvelous!!! Jom kita check resepi! :-)
PARPU TELUR
Bahan-bahannya
Segenggam kacang dal - cuci dan toskan
2 biji ubi kentang
Telur ayam
Santan
Serbuk kunyit
Santan
Garam secukup rasa
Bahan untuk tumis
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering - dipotong 2 inci
1 sudu teh halba campur
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Cara-caranya
1. Rebus kacang dal dan ubi kentang sehingga empuk
2. Masukkan serbuk kunyit dan garam
3. Masukkan santan dan biarkan mendidih
4. Pecahkan telur satu demi satu dan biarkan mendidih.
5. Tumis bahan2 untuk menumis didalam kuali lain sehingga kekuningan dan naik bau
6. Tuang kesemua bahan tumis (beserta minyak) kedalam kuah parpu yang berisi telur tadi
7. Sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA! :-)
0 comments:
Post a Comment