G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Tuesday, September 13, 2011

Jom bekpes...wah!!..semangat raya nih!!

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..

Haaa...dear hubby kata apa tau kat mylady?.."Iskk..buat posting "Cakkk..i'm back!!..pastu, diam terus..cam ne nih"..amboi..boi..boi dear hubby..cam le tak tahu naper mylady tak berposting buat beberapa hari ni. Actually, kitaorang sekarang ni dalam proses mengecat rumah...tukar warna bilik agar tidak bosan didalam bilik yang berwarna sama selama 6 tahun ni, kemudian menyusun atur perabot dan juga mengemas rumah. Tiap2 hari tido lewat..aduh..letihnyaa..tapi seronok..rasa cam pindah masuk rumah baru jek..hehehe..itupun, lom abis lagi..kitaorang buat sedikit demi sedikit...anyway, cian kat dear hubby sampai sakit2 tangan dia mengubah perabot2 yang berat tu...thanks ek babeh!..

Haaa..mylady bekpes apa pagi ni?..kan in previous post mylady ada bagitau tentang ketupat daun palas yang mylady buat tu tak cukup. So, this week, bawa mak mylady datang umah kitaorang..so that I can cook for her and she can relax..dah bawa dia kesini, teringat plak masa gi Pekan Rabu hari tu, ada la mylady belikan beras pulut. Then daun palas yang FIL bagi pun still ok lagi..so, kemarin kitaorang buat projek mengetupat la..ye..mylady and dear hubby amik cuti semata2 untuk menjalankan projek kitaorang ni.  Mana lengkap ketupat kalau tanpa rendang kan? So, mylady yang tamak ni, buat rendang ayam resepi Kak Hanieliza untuk cicah ketupat, di samping tu, mylady buatkan juga pesamah daging resepi mak kawan mylady untuk mencicah ketupat...disertakan juga serunding yang dipesan dari kawan mylady yang berasal dari Kelantan. Fuhhhh..memang layan betul la bekpes cam nih..syahdu betul rasanya bila ketupat ni masuk mulut..Jom layan resepi untuk Rendang Ayam dan Pesamah Daging. Kak Liza, saya minta izin C&P resepi ke sini ek!


RENDANG AYAM
sumber : Kak Hanieliza


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam *mylady goreng dulu ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]
garam

Bahan Mesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering *mylady tak masukkan cili kering
25 biji cili api *mylady masukkan 60 biji cili api untuk cover cili kering diatas

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.Gaul garam kunyit dan digoreng.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.


Haaa..rendang ayam ni, ada cerita disebaliknya..emak mylady, selalu buat rendang daging yang dimasukkan cili kering. Ada sekali tu, dia pergi open house rumah jiran dan jiran jamu dia rendang ayam yang berwarna kuning. Balik2 je ke rumah, mak mylady pun sakan la bercerita tentang sedapnya rendang ayam tu  "Warna rendang tu tak merah..tapi, pedas..sedap sangat"..Memula try resepi Kak Hanieliza, mylady follow exactly the resepi...sekali rasa, fuhhh..memang sedap...so pada raya 4 tahun lepas, mylady buatkan untuk mak mylady sempena hari raya Aidilfitri. Tapi mylady tak masukkan cili kering..just guna cili api so that rendang tu tak berwarna merah. Sebaik2 mak mylady makan, dia punya lah seronok..dia bagitau mylady rendang macam ni la yang dia makan di rumah jiran..so, since then, everytime raya, memang mylady amik tender buat rendang ni la. Terima kasih ek Kak Liza untuk resepi rendang yang sedap ni!

 inilah bekpes kitaorang pagi nih...macam bekpes di pagi raya kan?..hehehe

p/s : Resepi pesamah daging mylady share in next entry la ek...:-)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi