Yess...ceria rasa hari ni..sebab apa?..sebab esok dah hari Jumaat..tak sabar betul menunggu hari Sabtu & Ahad.. hari ni mylady lambat pulat buat entry untuk menu sahur..selalunya buat entry lepas subuh..tapi, hari ni, lepas2 subuh, terus zzzzzzzzzzzz..heehehehe...
Menu sahur mylady ni, biasa2 ja..tak de la se gah mana pun..sebab mylady and dear hubby, dua2 memang lebih sukakan lauk yang simple dan kering waktu sahur...takde la sup ke, masak lemak ke, kari ke yang dijadikan menu bersahur..alamatnya, tak tersentuh la lauk tu..
Menu sahur kitaorang pulak, bukannya sejenis jek..yang mylady post ni, the main dish la konon2nya.. ye jangan gelak ek..main dish kitaorang memang sempoi jek.bangun 4:30pagi, masak nasi & main dish, pukul 5am dah boleh makan..disertai dengan telur asin, papadom, acar buah dan juga sambal ikan bilis kering+ kacang+ kentang..side dish memang wajib ada..bak kata orang, sebagai pembuka selera...
So mylady, takyahlah nak membebel pepanjang ek..bulan posa ni, orang tak larat nak baca posting yang berjela2 nih...*erkk..ada ke orang baca?*..hehehehe..
So, lets check out the simple recipe!!..
SAMBAL TUMIS UDANG
Bahan-bahannya
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar - untuk di kisar
1 biji bawang besar - untuk tumis
sedikit belacan
2 biji bawang putih
Sos Tiram
Asam Jawa
Garam/Gula
Cara-caranya
1. Kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang puith. ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga agak layu
3. Masukkan bahan kisar
4. Masukkan garam, gula sos tiram..kacau hingga cili kisar masak *warna bertukar ke warna merah gelap*
5. Perah air asam jawa
6. Masukkan udang
7. Rasakan secukup rasa *kalau kurang garam & gula, sila tambah ye*
8. Biarkan hingga kuah agak pekat, angkat dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!! :-)
5 comments:
omg kak SEDAPNYEE =D
hihii sebab dok jepun la buat burger malaysia...nak beli xde... klu kat mesia eerrrrmmmmm wat ke tak aaaaa....beli je kot...bz kan (alasan!)
sambal tumis udang yg menggiurkan!
@Sharifah Tahirah Sahur dengan sambal tumis udang yang dimasak kering + telur asin, memang betul2 menambat selera..suami akak yang selalu sahur makan sikit jek, semalam makan banyak!!..puas tengok dia makan!..hehehe...
@Lovely Kitchen Betul ye e-na..bila benda yang kita teringin susah nak dapat, baru la jadik kreatif nak buat sendiri..hehehe..tapi, at least, kita dapat ilmu kan? ;-)..anyway, your burger malaysia looks soooo delicious!!
Assalam mylady,
waduh lauk2 mylady semua nya
sedap2 ler..walaupun simple tapi cukup baik bagi kita tau..luv the simplicity and the taste is inexplicable!!
Post a Comment