Assalamualaikum dan selamat pagi buat para pengunjung..
Pagi ni, hujan turun dengan lebatnya di Penang. Best giler! Lagik best kalau tak kerja kan?.Tapi nak buat camne...kerja tetap kerja untuk mecari rezeki..ye tak?. Pejam celik, pejam celik, lagi 4 hari jek kita nak berpuasa, then nak sambut raya...Apa???..4 hari lagik?..haa..mylady ni memang...asal tengok jek resepi biskut raya yang menarik, terus copy, then kalau singgah ke baking shop, membeli la bahan2...dari awal berpuasa..tapi, buatnya idak..bukan taknak buat, tapi, bila sampai hari cuti jek, ada banyak lagi kerja2 lain yang nak disiapkan..so, tertangguh jap projek biskut raya. Kemarin selepas sahur, barulah mylady tersedar..tak sampai seminggu nak raya, tapi mylady belum start projek biskut raya..nak tempah, rugi plak bahan2 dah beli...so, after sahur kemarin, mylady plan nak buat biskut samprit or dahlia ni...lepas solat subuh, terus mylady buat penyediaan. Potong ceri, ayak tepung siap2 supaya cepatkan proses pembikinan biskut.
Pagi tadi, lepas solat subuh, maka projek pun berjalan. Dikeluarkan penimbang yang masih didalam kotak, hand mixer dan bahan2 yang diperlukan. Elok2 nak start, hujan pun turun mencurah2...apa lagi, mylady buka pintu dapur, sambil membuat biskut, rasa hati nyaman dan tenang saja melihat limpahan air hujan...dear hubby memang tak bagi mylady buat biskut raya ni..sebab kesian takut mylady mengantuk dan keletihan di opis..tapi, kalau tak buat, bila lagi nak buat..ye tak? So, pagi tadi, on the way to office, dear hubby drive and mylady.....ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzz..hehehe
Panjang lak membebel pagi nih..heheh..oklah..resepi biskut samprit ni, mylady ambil dari rumah otai masakan kita...CMG dari Dapur Tanpa Sempadan. Dah buat last year, memang sedap la resepi biskut ni, so mylady ulang lagi untuk tahun ni. Che Mat..saya minta izin C&P resepi di sini ek..Jom kita tengok resepi yang mudah ni :-
BISKUT SAMPRIT @ BISKUT DAHLIA
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
0 comments:
Post a Comment