G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Wednesday, June 8, 2011

Masak tak sedap, suami pukul isteri..

Assalamualaikum sahabat bloggers..

Baca tak lagi paper metro hari ni? Kisah seorang isteri di terajang suaminya sebab masakannya tak sedap. Ish..ish..ish...sampai cenggitu sekali marahnya sebab bini masak tak sedap. Daftar le dia ke kelas masakan ke, or beli la buku masakan Chef Hanieliza 1 hari 1 resepi tu, confirm masakan dia mesti jadi sedap.

Suami oooii..tak pikir ke effort yang isteri tu ambil untuk sediakan juadah..dah la tak berterimakasih, di sepak terajang plak..cuba kalau ko tak semayang ke, ko tak bagi nafkah ke, bini ko plak terajang ko..apa yang ko rasa..aishhh..itulah yang orang selalu kata..impikan isteri sebaik Khadijah, tapi, diri sendiri tidak sehebat Rasulullah S.A.W...bih tu camno?..berpijak le dibumi yang nyata..cermin diri tu dulu.. Instead of doing something stupid, why don't you find a way for improvement?

Nasib isteri

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera suami, seorang wanita berusia 47 tahun bukan saja dicekik sebaliknya perutnya ditendang selain kepalanya dipijak lelaki terbabit di rumah mereka di Bukit Petaling, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa dipukul seperti binatang hampir sejam hanya disebabkan kesilapan kecilnya itu.
Lebih kejam apabila suaminya berusia 42 tahun itu turut meletakkan pisau di leher mangsa ketika suspek memijak kepala wanita terbabit sebelum mengugut mencederakannya jika mengulangi kesilapan sama.

Difahamkan, wanita terbabit yang sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu sejak 15 tahun lalu sering dipukul suaminya tanpa sebab dan alasan kukuh sejak empat tahun lalu.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila lelaki terbabit yang pulang daripada bekerja memberitahu dia mahu makan. 

2 comments:

ain kadir Best Blogger Tips

macam x logikk je..dayuskah?huuhu

Mylady Best Blogger Tips

@ain kadir..ainnn..minta link blog ain..akak nak follow...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi