G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, November 29, 2012

Annyeong Haseyo! “안녕하세요- Yangnyeom tongdak

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung semua..

Haaa...baca tajuk tak?..Ramai yang dah faham dah kan maksud Annyeong Haseyo...ni semua gara2 drama korea la kan?..Sampaikan leh ingat certain sebutan korea..hehehe..

Masa memula mylady gi Korea dulu, mylady ingatkan semua orang Korea leh berbahasa Inggeris. Rupa2nya makcik2 yang berniaga, takleh cakap Inggeris even sepatah pun..kita cakap Thank You pun, dia cakap bahasa dia sambil tunduk2 kepala tanda hormat..so, dear hubby ajar le..cakap "Kamsa Hamnida"..woohh..bukan main seronok lagi diaorang. Yang beshnya, dear hubby kata, masa dia study sana dulu, kalau beli barang, takde pun makcik2 tu nak bagi dia free gift..tapi, bila gi ngan mylady, ada jek free gift yang mylady dapat..dear hubby kata, muka mylady ni muka murah rezeki...hahaah..ye ke? kalau betul...aminnn..moga2 makin bertambah murah la rezeki e..anyway, thanks to dear hubby..sebab kalau takde dia yang terer cakap Korea, tak dapat la mylady shopping dengan jayanya...

Makanan di korea plak, perghh...memang sedap...macam2 makanan yang mylady dapat cuba..sedap dan pedas!!..pedas menyengat plak tu..bayangkan la..during winter, berpeluh2 makan makanan korea yang panas dan sedap..memang best!!!

So, hari ni mylady nak share satu resepi dari korea. Di panggil Yangnyeom tongdak. Or dalam Bahasa Inggeris dia dipanggil Seasoned Fried Chicken. Tapi, untuk resepi ni, Mylady panggil Korean Spicy Fried Chicken. Sebab apa? Sebab memang pedas meletup!!!...Mylady buat benda ni semalam..masa dok layan citer kartun Naruto dengan dear hubby, sambil meratah ayam..hehehe...memula dear hubby macam takut nak makan..dia cakap, confirm sakit perut..bila masuk jek seketul dalam mulut, dia cakap "sedap la pulak ayam nih"..hahaha...so, berketul2 la masuk ke perut dia and alhamdulillah, tak sakit perut pun. Sapa yang berminat nak cuba resepi lain dari yang lain, boleh la try ye!.

Lupa pulak..untuk makanan korea, kebanyakannya menggunakan Hot Pepper Paste. Paste ni leh didapati di mana2 pasaranya yang ada jual Korean Product ye. Korea ni, ada banyak jenis cili ye..masa di sana, mylady ada beli cili hijau untuk memasak. Ingatkan rasanya cam cili hijau sini la...rupa2nya lagi pedas dari cili padi...so, untuk paste cili tu, camnie rupa dia..

So, oklah..ni dia resepi yang mudah dan sedap ni....

KOREAN SPICY FRIED CHICKEN
 Sumber : Maangchi.com

 Bahan A
1 ekor ayam - di potong
1/2 cawan tepung kentang - boleh ganti ngan tepung jagung
1/4 cawan tepung  gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur 
1 sudu besar bijan (sangai tanpai minyak)

Bahan Sos
1 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih
1/4 cawan hot pepper paste
1/3 cawan corn syrup - mylady guna madu je
1/3 cawan sos tomato - mylady tak bubuh..tak suka masam
1 sudu besar cuka - mylady tak letak pun

Cara-caranya
Ayam digaul bersama garam dan lada hitam, perap selama 30 minit.
Kemudian masukkan bahan2 lain dari Bahan A dan gaul rata bersama ayam hingga ayam bersalut rata
Panaskan minyak, dan goreng ayam secara deep fried selama 10 minit.
Keluarkan ayam, rehatkan selama 10 minit, dan kemudian, goreng sekali lagi selama 10 minit.

Dalam bekas yang lain, bolehlah sediakan sos.
Masukkan 1 sudu besar minyak, tumis bersama bawang putih yang dicincang.
Kemudian masukkan hot pepper paste, madu, sos tomato dan cuka.
Biarkan sehingga sos agak pekat dan sebati.
Masukkan ayam yang digoreng tadi kedalam kuali sos dan gaul rata.
Taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!! :-)

Wednesday, November 21, 2012

SAVE GAZA...Freedom for Palestin!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera tu my dear readers..

Sad, speechless, depress, angry...camne nak cakap eh?. Semua perasaan tu bercampur baur melihat gambar2 keganasan yang dilakukan oleh Israel kepada Palestin. Hati bertambah sayu dan marah melihat tubuh2 kecil yang tak berdosa dan tidak tahu apa2 menjadi mangsa peperangan. Bayangkan bayi yang masil kecil dan anak2 yang patutnya berlari2, bermain riang bersama kawan2, sebaliknya hidup ketakutan mendegar bedilan bom disana sini dimana pada setiap 4 minit, sebiji bom dijatuhkan oleh Israel di bumi Palestin. Dalam sekelip mata sahaja, tubuh itu akan terkujur kaku, nyawa akan hilang dan keluarga/ibu bapa/anak akan kehilangan orang yang di sayangi. Bayangkan jika itu yang berlaku kepada orang yang kita sayangi.

Dimanakah kita dalam usaha membantu penduduk Palestin? Apakah sumbangan kita untuk membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin? Bagaimanakah mereka hendak bangun menentang Israel dengan bekalan makanan yang tidak mencukupi, sumber senjata yang terhad, kekurangan ubat2an untuk merawat mereka yang tecedera?

Tak tahu saluran yang betul untuk membuat sumbangan? Disini mylady sharekan antara pertubuhan yang ditubuhkan untuk menyalurkan dana/sumbangan bagi membantu Palestin.

AQSA SHARIFF


AMAN PALESTINDana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95


Takde duit nak menderma tapi mampu topup prepaid?..Takde online account? Takde internet? Tak tahu camne nak buat online transfer tapi tahu guna SMS? Haa..anda juga mampu menderma melalui SMS:- 
 
PALESTIN<jarak>10(nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin)
contoh : taip PALESTIN 1
kemudian hantar ke 39111 

Sumber : http://www.amanpalestin.net/

Bagi yang benar-benar tidak berkemampuan, tapi masih ingin membantu Palestin, anda juga mampu membantu meringankan beban penderitaan mereka...iaitu dengan berdoa...In Shaa Allah...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi